HomeEkonomiYTL Power tepis tuduhan salah laku, perjelas 1Bestarinet diperoleh melalui tender terbuka

YTL Power tepis tuduhan salah laku, perjelas 1Bestarinet diperoleh melalui tender terbuka

Read Time:1 Minute, 11 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: YTL Power International Bhd hari ini menepis tuduhan salah laku, dan menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka.

Syarikat utiliti elektrik itu memaklumkan tender tersebut diberikan apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida, menunjukkan keupayaan dan merit syarikat.

Menurutnya tuduhan salah laku itu, yang membawa kepada siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah amat serius dan menjejaskan reputasi syarikat.

“Kami ingin menjelaskan kami telah melaksanakan kewajipan kontrak kami terhadap kerajaan dengan tekun sejak projek itu dimulakan.

“Sepanjang pengetahuan kami, kami tidak melanggar mana-mana terma kontrak atau melanggar mana-mana undang-undang,” jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Menurut YTL Power walaupun komited terhadap proses dan kerjasama dengan pihak berkuasa, pihaknya telah menghadapi persepsi umum negatif yang besar berikutan tuduhan salah laku terhadap pihaknya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Keadaan ini tidak adil, terutama kerana tindakan tu menghalang keupayaan untuk mempertahankan syarikat daripada naratif yang berlaku.

“Untuk melindungi reputasi dan kedudukan undang-undang kami, pada masa ini kami sedang mendapatkan nasihat undang-undang berhubung kemungkinan tindakan terhadap pihak yang menyebarkan tuduhan berniat jahat ini,” jelasnya.

YTL Power menjelaskan anak syarikat 60 peratus miliknya, YTL Communications Sdn Bhd akan terus memberikan kerjasama penuh kepada SPRM berkaitan perkara itu.

Syarikat itu menambah, pihaknya tetap komited terhadap ketelusan sepanjang proses siasatan dan yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan memuaskan tidak lama lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua individu tempatan ditahan reman miliki syabu lebih 500g

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular