HomeUtamaLPBS laksana operasi di enam daerah pengeluar padi

LPBS laksana operasi di enam daerah pengeluar padi

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) akan mula beroperasi di enam daerah pengeluar padi di negeri ini pada tahun depan dengan objektif bagi meningkatkan lagi pengeluaran padi ke tahap sara diri yang disasarkan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kawasan terlibat juga akan dapat menambah baik sistem saliran.

“Kita sudah ada Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) dan sudahpun mengadakan mesyuarat lembaga pengarahnya yang pertama. Tapi, untuk tahun ini hanya peruntukan kecil untuk menghidupkan semula lembaga itu saja. Bajet utama akan diterima pada tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan

“Ia akan beroperasi di enam daerah (pengeluar padi) bagi meningkatkan pengeluaran padi dan menambah baik sistem saliran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, berkata pesawah juga akan diperkenalkan dengan benih padi berhasil tinggi di bawah kendalian LPBS.

“Selain itu, kita juga akan menggalakkan pesawah di Sabah untuk melakukan penanaman dua kali bagi menggandakan pengeluaran padi.

“Sekarang hasil yang boleh dituai kira-kira tiga tan sehektar, jadi kita mahu gandakan kepada enam tan sehektar. Jika tanam dua kali setahun, hasil tuaian dapat digandakan dengan lebih banyak,” katanya.

Menurunya, LPBS juga akan melaksanakan usaha mengaktifkan semula sawah terbiar yang dianggarkan seluas kira-kira 7,000 hektar, selain membuka kawasan penanaman baharu padi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular