HomeUtamaLima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

Lima ahli kebuniti tempatan terima Set Teknologi Greenkit MARDI

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Lima ahli kebuniti tempatan di bawah Program Kebun Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) masing-masing menerima Set Teknologi Greenkit daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Negeri Sabah.

Penyerahan set itu disampaikan Pengarah MARDI Negeri Sabah Dr. Helda Souki kepada Ketua Pengarah DBKK Sr. Lifred Wong dalam satu majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat MARDI Negeri Sabah di sini semalam.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu merupakan yang julung kali diadakan di Sabah.

Peserta yang terpilih merupakan perintis kepada projek Kebun Komuniti Berasaskan Agroteknologi MARDI.

“Antara kebuniti tempatan yang terpilih adalah Komuniti Kebun Bandar Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Taman Sempelang dan Grace Court; Komuniti Kebun Bandar Kampung Sembulan Tengah; Komuniti Kebun Bandar Sekolah Kebangsaan (SK) Stella Maris; Komuniti Kebun SK Seri Gaya dan Hospital Mesra Bukit Padang,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut DBKK, kesemua kebuniti itu akan menerima bantuan pertanian berteknologi Greenkit MARDI bernilai antara RM20,000 sehingga RM40,000 setiap satu.

Tambah kenyataan itu lagi, program itu adalah di bawah Projek Kebun Komuniti Berasaskan Agroteknologi, melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) 2024.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebun Bandar Raya Kota Kinabalu Robert Lipon dan Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat DBKK Fauziahton Ag Samad.

Pada majlis itu turut diadakan Kursus Inovasi Pertanian Bandar MARDI untuk lima ahli kebuniti sebagai persediaan pelaksanaan projek Kebun Komuniti Agroteknologi MARDI. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular