HomeUtama300 peserta hadir seminar sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat

300 peserta hadir seminar sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Seramai 300 peserta terdiri daripada Ketua-ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) daripada 74 bahagian termasuk Labuan akan menghadiri seminar sehari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini esok.

Setiap bahagian parti itu akan diwakili empat peserta terdiri daripada ketua penerangan tiga sayap utama dan ketua penerangan bahagian masing-masing.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi serta beberapa Ketua-ketua Bahagian Gagasan Rakyat turut dijemput menghadiri seminar itu.

Pengisian utama seminar berkenaan adalah sesi ceramah bertajuk ‘Solidariti Menuju Pilihan Raya’ yang akan disampaikan oleh Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Masiung Banah.

Masiung dijangka akan mengupas mengenai isu-isu semasa menjelang kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) tahun depan.

Para peserta juga berpeluang untuk berdiskusi mengenai hala tuju Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Naib Presiden 1 Gagasan Rakyat Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd Arif akan merasmikan seminar itu yang dihoskan oleh Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Gagasan Rakyat dijadualkan mengadakan Persidangan Agung Tahunan 2024 bermula Sabtu ini melibatkan persidangan tiga sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat akan melancarkan majlis perasmian Persidangan Agung Tahunan Induk pada 10 November di SICC.

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Ditemui Meninggal Dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular