HomeUtamaPidato tingkat kefahaman terhadap haja tuju SMJ dalam golongan muda

Pidato tingkat kefahaman terhadap haja tuju SMJ dalam golongan muda

Read Time:2 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Pentas pidato berjaya membantu meningkatkan kefahaman terhadap hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) khususnya kepada golongan muda di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata penganjuran Pertandingan Pidato SMJ Piala Ketua Menteri yang memasuki tahun kedua berjaya menarik minat penuntut sekolah menengah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif

Katanya, ia adalah bagi untuk mengupas, mengulas serta menyuarakan idea-idea bernas berkaitan dengan SMJ.

“Para pemidato bukan hanya berjaya mengulas konsep SMJ malah turut mengajak hadirin untuk menghayati intipati SMJ yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak Mac 2021.

“Penyertaan pelajar IPT berasal dari semenanjung pada pertandingan kali ini juga memperlihatkan bahawa SMJ ini bukan hanya dikenali di Sabah malah turut mendapat perhatian para pelajar dari luar Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Pidato SMJ Piala Ketua Menteri Sabah 2024 anjuran IKRAR (Jabatan Ketua Menteri) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Resital di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, pertandingan itu akan dibawa ke seluruh universiti menerusi program jelajah anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR).

Katanya, pihaknya akan memperkenalkan pelbagai program SMJ seperti yang dilaksanakan di 25 universiti baru-baru ini dengan sendirinya memperkenalkan SMJ ini ke seluruh negeri.

“Para pelajar Sabah khususnya akan membawa agenda SMJ dengan menerap nilai-nilai pendidikan, agenda kesejahteraan dan memperkasakan pendidikan di peringkat IPT,” katanya.

Pada majlis tersebut, pelajar mewakili UMS, Ahmad Afif Hakimi Abdul Mukim dinobatkan sebagai juara bagi kategori IPT sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa siji, trofi dan wang tunai RM1,500.

Naib juara ialah Muhammad Faris Fiqran Mohammad dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU), tempat ketiga disandang Muhammad Haziq Hedzril Norhairol (UiTM Shah Alam) manakala saguhati masing-masing diraih Ahmad Baihaqi Mohd Fadzil (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan Alya Ayunatashya Awang Albeh. 

Bagi kategori sekolah menengah, pemidato yang mewakili SMK Tawau, Noraeezma Mada Ali @Joharie dinobatkan sebagai juara dan memenangi hadiah wang tunai RM1,000, sijil dan trofi diikuti  Umar Safian Mohd Fadzil (SMK Pangalat Papar) sebagai naib juara manakala,  Mohammad Hidayah Hidayat (SMK Datuk Panglima Jakarallah Semporna) di tempat ketiga serta saguhati Muhammad Rezki Jumain (SMK Tawau) dan Syamyza Nurfaasha Samsul (SMK Desa Kencana, Felda Sahabat Lahad Datu).

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor UMS Prof Madya Dr Raman Noordin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Dr Mohd Asran Amisah, Penasihat Undang-Undang UMS Awang Suhaizam Bungso dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS Mohd Raffie Janau.

RELATED ARTICLES
Utama

Aplikasi GoNet mudahkan pengguna buat tempahan fasiliti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular