HomeUtamaBantuan segera disalurkan kepada pesakit, kakitangan hospital - Armizan

Bantuan segera disalurkan kepada pesakit, kakitangan hospital – Armizan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Papar : Bantuan segera akan disalurkan kepada pesakit dan kakitangan Hospital Papar yang terkesan dalam insiden kebakaran melibatkan sebuah stor perubatan Farmasi.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia termasuklah mendirikan khemah-khemah sementara selain membekalkan makanan dan minuman kepada pesakit dan kakitangan terjejas.

“Sekitar jam 7.10 malam tadi saya dikhabarkan dengan insiden kebakaran yang berlaku di stor perubatan farmasi Hospital Papar. 

“Sejurus mendapat pemakluman, saya terus menugaskan kakitangan Parlimen Papar untuk bergegas turun padang membantu mangsa-mangsa yang terlibat. 

“Buat masa ini, khemah-khemah sementara telah didirikan untuk menempatkan pesakit-pesakit dan kakitangan hospital yang terkesan dan makanan dan minuman juga diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya malam ino.

Armizan berkata, Pejabat Parlimen Papar akan turut membantu membekalkan makanan dan minuman bermula esok (Selasa) sehingga pihak Hospital dapat menyediakan makanan melalui pihak pembekal luar kepada pesakit.

Katanya, ini berikutan dapur penyediaan makanan Hospital berkenaan turut terjejas dalam kebakaran ini.

“Sehingga jam 11 malam tadi,  pihak Bomba telah berjaya memadamkan api. Punca kebakaran akan disiasat dan diteliti. 

“Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan para pesakit terkesan juga sudah dipindahkan ke wad lain,” katanya.

Turut melawat pesakit dan kakitangan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular