HomeUtamaBelanjawan Sabah 2025 : Sektor perindustrian, keusahawan turut diberi perhatian

Belanjawan Sabah 2025 : Sektor perindustrian, keusahawan turut diberi perhatian

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan di negeri ini turut diberi perhatian menerusi Belanjawan 2025 apabila Kerajaan Sabah memperuntukan dana besar sebanyak RM124.70 juta.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM64.05 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta jabatan di bawahnya.

Katanya, sebanyak RM60.65 juta diperuntukkan di bawah agensi lain yang turut menyokong pembangunan perindustrian dan keusahawanan di negeri ini.

“Bagi pembangunan infrastruktur taman-taman perindustrian di KKIP, Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dan Sabah Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) Sipitang agar lebih kondusif dan menarik peluang pelaburan di Sabah, sebanyak RM18.07 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

“Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) pula telah diperuntukkan sebanyak RM16.33 juta untuk meneruskan projek pembinaan premis perniagaan baharu dan penyiapan projek sedia ada, termasuk untuk pelaksanaan Projek Pembangunan Ekosistem dan Keupayaan Industri di Sabah yang merangkumi kursus-kursus keusahawanan berfokus kepada kemahiran digital, keusahawanan siswazah dan latihan teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, bagi sektor perindustrian, tumpuan tidak hanya diberi kepada ekonomi aras tinggi untuk menjana pertumbuhan negeri yang lebih produktif tetapi juga bidang ekonomi yang lebih bersifat akar umbi.

Katanya, ia adalah  bagi  meningkatkan  akses  terhadap ‘kek’ kemakmuran negeri secara inklusif.

“Oleh itu, pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan industri sokongan utama yang memangkin pembangunan Industri Pembuatan Tempatan.

“Program Bantuan SME-UP dengan peruntukan sebanyak RM15 juta yang telah memanfaatkan seramai 5,201 usahawan akan diteruskan bagi meningkatkan keupayaan pengusaha IKS di Sabah agar lebih kompetitif dan berdaya saing melalui bantuan mesin dan peralatan serta pembungkusan dan pelabelan.

“RM500,000 lagi adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan IKS mengenai teknologi terkini, pematuhan kepada Persijilan MeSTI dan Halal serta perundangan yang perlu dipatuhi bagi menembusi pasaran antarabangsa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah kekal harmoni dengan keunikan kepelbagaian – Jeffrey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular