HomeUtamaPengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

Read Time:2 Minute, 30 Second

SUBANG – Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa mendalam terhadap pengalaman menggunakan tiket Fly pass yang ditawarkan oleh satu syarikat penerbangan yang kini sebahagiannya dikendalikan oleh kumpulan syarikat yang sama untuk laluan tertentu, termasuk perjalanan ke Kota Kinabalu.

Pengguna berkenaan, yang melakukan penerbangan Kuala Lumpur–Kota Kinabalu secara kerap, menyatakan rasa terkilan kerana apa yang disangka sebagai perkhidmatan penuh kini digantikan dengan pesawat yang dikendalikan syarikat lain , yang menawarkan pesawat lebih kecil dan perkhidmatan yang lebih terhad.

“Saya rasa seolah-olah terpedaya,” ujar pengguna itu, yang membeli Fly Pass dengan harapan dapat menikmati kelebihan perkhidmatan seperti keselesaan pesawat besar, sistem hiburan dalam penerbangan, dan layanan premium. Namun begitu, beliau terkejut apabila mendapati laluan tersebut kini hanya dioperasikan oleh syarikat lain.

Sistem Tidak Bersepadu, Proses yang Menyulitkan

Pengguna juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kesukaran melakukan daftar masuk dalam talian akibat sistem yang tidak bersepadu antara kedua syarikat terbabit. Situasi ini menyulitkan pengguna yang sudah terbiasa dengan kemudahan sistem penerbangan itu sebelum ini.

Tambahnya, keputusan untuk menempatkan perkhidmatan syarikat itu sebagai penyedia laluan tersebut dilakukan tanpa pemberitahuan jelas kepada pelanggan, menyebabkan beliau merasa tertipu kerana tidak diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan utama yang menawarkan standard yang lebih tinggi.

Fly Pass airlines terbabit , yang pada awalnya menawarkan fleksibiliti dengan sehingga tiga perjalanan pergi balik (atau enam perjalanan sehala) dalam setahun ke mana-mana destinasi domestik, kini turut merangkumi laluan pesawat satu lagi syarikat di bawah kumpulan yang sama. Syarikat itu beroperasi dari Lapangan Terbang Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang dianggap pengguna sebagai pengurangan nilai pakej tersebut.

Menurut pengguna, perubahan ini memberi kesan negatif kepada pengalaman perjalanan yang dijanjikan oleh Fly Pass.

“Saya membeli Fly Pass kerana tawaran harga dan fleksibiliti yang berbaloi,” katanya. Namun, beliau kecewa kerana kini hanya terdapat satu penerbangan sehari, dan laluan tersebut hanya dioperasikan oleh syarikat itu dari Lapangan Terbang Subang, tanpa sebarang pilihan jadual atau perkhidmatan syarikat utama mereka yang lain.

Tambah beliau, harga Fly Pass yang telah dinaikkan kini tidak lagi setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Jika situasi ini berterusan, saya pasti tidak akan memperbaharui langganan Fly Pass ini,” katanya ketika menghubungi pihak Sabah Media untuk meluahkan kekecewaannya.

BERHARAP SYARIKAT UTAMA KEBANGSAAN CEPAT BERTINDAK ATASI KETIDAKPUASAN HATI PELANGGAN

Menurut Pengguna itu yang tidak mahu identitinya dimaklumkan, Kekecewaan nya itu mencerminkan harapan pelanggan agar syarikat penerbangan Malaysia itu mengekalkan standard perkhidmatan mereka seperti yang dipromosikan.

Pelanggan juga menggesa agar syarikat itu memberikan pilihan perkhidmatan yang jelas dan menyelaraskan sistem dengan syarikat kumpulan mereka untuk mengelakkan kekeliruan dan pengalaman yang mengecewakan di masa hadapan.

Isu ini menjadi lebih penting kerana tiket penerbangan bagi laluan Kuala Lumpur–Kota Kinabalu sering kali lebih mahal, terutama semasa musim cuti, acara besar, atau peristiwa penting di wilayah tersebut.

Katanya Pelanggan mengharapkan syarikat kebanggan negara itu mempertimbangkan keperluan dan kepuasan pengguna agar reputasi mereka sebagai syarikat penerbangan premium tidak tercalar.

MA* perlu segera mengambil tindakan untuk menambah baik perkhidmatan ini, sebelum kehilangan kepercayaan pelanggan setia mereka katanya.

Kami akan menghubungi pihak syarikat berkenaan untuk mendapatkan respond dari pihak mereka

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular