HomeUtamaDUN Sabah : Jumlah pelawat ke Sabah menurun paras terendah ketika COVID-19

DUN Sabah : Jumlah pelawat ke Sabah menurun paras terendah ketika COVID-19

Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Sektor pelancongan di Sabah amat terkesan apabila jumlah pelawat ke negeri ini hanya mencatat 977,460 orang pelawat ketika pandemik COVID-19 melanda.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, penurunan itu dikenal pasti sebanyak -77 peratus sebelum jatuh ke paras terendah iaitu 371,187 pelawat pada 2021.

Katanya, jumlah itu hampir sama dengan jumlah pelawat yang direkodkan pada tahun 1997.

“Sektor pelancongan kemudiannya kembali pulih secara beransur-ansur dengan pembukaan sempadan antarabangsa pada April 2022.

“Jumlah ketibaan pelawat pada tahun yang sama adalah seramai 1,727,740 manakala pada tahun lalu, Sabah telah menerima pelawat berjumlah 2,613,272 orang iaitu peningkatan sebanyak 51 peratus pada tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dumi Pg. Masdal (WARISAN-Silam) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.

Christina berkata, pada tahun 2000, sektor pelancongan negeri merekodkan jumlah ketibaan pelawat seramai 774,475 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, 365,537 merupakan pelawat domestik manakala 408,938 merupakan pelawat antarabangsa.

“Pada tahun tersebut juga, Sabah hanya mempunyai 173 jumlah penerbangan seminggu dengan kapasiti penumpang sebanyak 21,135 yang menghubungkan ke tujuh destinasi domestik di Semenanjung dan Sarawak. 

“Walau bagaimanapun, pada akhir tahun 2000, Sabah telah dihubungkan ke sembilan destinasi antarabangsa melalui 55 jumlah penerbangan seminggu dengan kapasiti penumpang sebanyak 21,135,” katanya.

Selepas 10 tahun katanya, iaitu pada tahun 2010, jumlah tersebut meningkat kepada 2,504,669 pelawat iaitu peningkatan purata sebanyak 22.3 peratus.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 1,708,716 merupakan pelawat domestik dan 795,953 merupakan pelawat antarabangsa.

”Pada tahun 2019, negeri ini merekodkan jumlah ketibaan pelawat tertinggi iaitu seramai 4,195,903 pelawat yang mana 2,726,428 merupakan pelawat domestik dan 1,469,475 merupakan pelawat antarabangsa. Jumlah ini melebihi lima kali ganda daripada jumlah ketibaan yang direkodkan pada tahun 2000.

“Pada tahun tersebut, Sabah dihubungkan ke 21 destinasi antarabangsa melalui 223 kekerapan penerbangan seminggu dengan 37,826 kapasiti penumpang seminggu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular