HomeUtamaDUN Sabah : Peruntukan pembangunan dicadang masuk ke KWD

DUN Sabah : Peruntukan pembangunan dicadang masuk ke KWD

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Peruntukan pembangunan kepada Sabah dari Kerajaan Persekutuan yang tidak dapat dilaksanakan dicadang agar dimasukkan kepada Kumpulan Wang Disatukan (KWD).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, peruntukkan itu didapati lewat dihantar kepada Sabah sehingga peruntukan pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan.

“Rakyat Sabah amat memerlukan peruntukan itu untuk menyelesai masalah mereka atau rakyat. Sekali lagi kami mencadangakan supaya  mana-mana peruntukan yang tidak     sempat dilaksanakan dimasukkan kepada kumpulan wang disatukan.

“Peruntukan persekutuan harus awal sampai ke Sabah supaya ianya dapat dibelanjakan dalam tahun kewangan berkenaan,kerana adakalanya mengalami kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan Bajet 2025pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Rubin berkata, pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas komitmen beliau kepada rakyat Sabah yang telah memulakan pemberian hak 40 peratus kepada kerajaan Sabah secara interim bermula tahun ini.

“Saya juga mohon supaya Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong dimasukkan  dalam program  kerajaan melalui agensi yang baru diwujudkan iaitu Lembaga Padi Sabah kerana kedua-dua daerah itu juga mempunyai keluasan penanaman padi sawah.

“Saya juga memohon supaya dimasukkan penanaman padi bukit untuk mempercukupkan bekalan beras di negeri ini disamping itu juga saya maklumkan bahawa ramai di kawasan saya Kemabong menanam padi bukit sejak sekian lama,” katanya.

Dalam pada itu, Rubin berkata, beliau hairan gangguan bekalan letrik di Tenom dan Kemabong sering terganggu sedangkan kedua-dua stesen hidro berada di daerah berkenaan.

“Ini sering berlaku terutama sekali diwaktu kesusahan contoh ada orang meninggal Dunia atau ada majlis-majlis rasmi atau majlis kahwin.

“Walaupun kini banyak penambah baikan mutu kerja oleh kakitangan pihak SESB hasil didekasi kebolehan oleh CEO yang ada sekarang kami lihat bertambah baik tapi adakalanya tiba-tiba ‘black out’ di tempat-tempat tertentu seperti berlaku baru-baru ini di Pekan Kemabong mereka beritahu saya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular