HomeUtamaDUN Sabah : LTT kekal sebagai lapangan terbang domestik selepas siap dinaik...

DUN Sabah : LTT kekal sebagai lapangan terbang domestik selepas siap dinaik taraf

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Lapangan Terbang Tawau (LTT) akan kekal sebagai lapangan terbang domestik apabila projek menaiktaraf siap sepenuhnya pada tahun 2028.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Christina Liew, berkata projek naik taraf itu adalah bagi menampung lebih ramai penumpang di lapangan terbang berkenaan.

“Melalui pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada daripada 1.5 MPPA kepada 2.5 MPPA.

“Kerja-kerja perolehan bagi melantik juruperunding telahpun berjalan dan projek menaik taraf lapangan terbang dijangka siap sepenuhnya pada 2028. Namun, Lapangan Terbang Tawau akan kekal sebagai lapangan terbang domestik yang juga mampu mengendalikan penerbangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Justin Wong Yung Bin (Warisan – Sri Tanjong) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Christina berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) pada masa yang sama sedang menjalankan Kajian National Airport Strategic Plan (NASP) yang mana skop kajian merangkumi hala tuju dan fungsi setiap lapangan terbang di Malaysia.

“Oleh yang demikian, keperluan menaik taraf status Lapangan Terbang Tawau sedia ada kepada lapangan terbang antarabangsa adalah tertakluk kepada hasil dapatan kajian itu,” katanya.

Katanya LTT adalah lapangan terbang domestik yang direka bentuk untuk menampung keperluan 1.5 MPPA.

Menurutnya lagi, infrastruktur dan kemudahan sedia ada di lapangan terbang itu juga mampu menampung keperluan operasi laluan domestik dan antarabangsa.

“Landasan sedia ada mampu untuk menampung keperluan operasi kapal jenis kod 4D,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular