HomeUtamaEdward Linggu dipilih sebagai Senator Dewan Negara

Edward Linggu dipilih sebagai Senator Dewan Negara

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul memilih Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah Edward Linggu Bukut sebagai Senator Dewan Negara bagi mewakili negeri Sabah.

Edward yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dilantik menggantikan Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Noraini Idris yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai senator 9 Disember depan.

Usul berkenaan dikemukakan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor dan disokong Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan sebelum diluluskan dengan undian 53 bersetuju dan 26 tidak hadir.

Edward sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sabah Credit Corporation (SCC) berasal dari Tamparuli dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli bermula 1999 hingga 2004.

Beliau juga kini menjadi Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Speaker DUN, Datuk Kadzim M Yahya kemudian menangguhkan persidangan dewan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular