HomeUtamaDUN Sabah : JKNS terus pantau fasiliti kesihatan, elak insiden buli berulang

DUN Sabah : JKNS terus pantau fasiliti kesihatan, elak insiden buli berulang

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan terus memantau suasana kerja di hospital dan fasiliti kesihatan di negeri ini bagi memastikan insiden buli di kalangan petugas kesihatan tidak berulang.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng berkata, pemantauan itu juga adalah bagi mengenal pasti isu berkaitan tekanan kerja di kalangan petugas kesihatan.

“Inisiatif untuk memperbaiki pengurusan tekanan kerja dan menyokong kesejahteraan mental kakitangan juga akan turut diperkasakan,”‘katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Alias Sani (Sekong-Warisan) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Alias bertanyakan apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap kes tular yang melibatkan doktor perubatan yang berlaku di Hospital Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian. 

Flovia berkata, JKNS telah menjalankan siasatan dalaman berkenaan insiden tersebut pada 03 September lalu dan laporan insiden telahpun dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  

Katanya, pihak KKM telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas Bebas pada 10 Oktober lalu yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Borhan Dollah bagi menyiasat insiden itu.

Menurutnya, pasukan itu diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan hasil siasatan. 

“Bagi menangani dan membanteras masalah ini di masa hadapan, pihak JKNS akan terus memantau suasana kerja di hospital-hospital dan fasiliti kesihatan di negeri ini bagi mengenal pasti isu berkaitan tekanan kerja dan insiden buli di kalangan petugas kesihatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKCC 2024 serlah semangat perpaduan Sabah – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular