HomeEkonomiBursa Ditutup Tinggi Pada Sesi Pagi

Bursa Ditutup Tinggi Pada Sesi Pagi

Read Time:55 Second

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada tengah hari apabila kenaikan indeks utama gagal mengangkat pasaran yang lebih luas.

Pada jam 12:30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI meningkat sebanyak 0.94 peratus atau 14.9 mata kepada 1,604.68 berbanding penutupan Jumaat pada 1,589.78.

Indeks penanda aras itu bergerak antara 1,588.46 dan 1,609.29 sepanjang sesi dagangan pagi, dipacu oleh saham-saham berwajaran tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Namun, pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 487 berbanding 389, manakala 461 kaunter tidak berubah.

FBM100 meningkat sebanyak 0.81 peratus kepada 11,909.56; FBM Emas naik 0.75 peratus kepada 12,201.79, manakala FBM Ace susut 0.6 peratus kepada 5,131.93.

Antara kaunter untung utama ialah Hong Leong Bank Bhd yang menambah 28 sen kepada RM20.76, dan YTL Power International Bhd yang naik 22 sen kepada RM3.12.

Di pihak yang rugi, Nestle (M) Bhd susut 60 sen kepada RM96.90, manakala Fraser & Neave Holdings Bhd jatuh 28 sen kepada RM28.12.

RELATED ARTICLES
Utama

Pembangunan belia, sukan di Sabah terus diberi perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular