HomeIsu tempatanPementasan teater 'Salina' bermula Jumaat ini

Pementasan teater ‘Salina’ bermula Jumaat ini

Read Time:1 Minute, 55 Second

Kota Kinabalu : Teater Salina yang di adaptasi dari sebuah novel karya agung Sasterawan Negara A. Samad Said bakal dipentaskan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah selama dua hari bermula Jumaat ini.

Pengarah JKKN Sabah, Jasmi Rasit berkata teater itu merupakan sebuah karya yang mengangkat tema kemanusiaan, ketabahan, dan pengorbanan dalam suasana pasca-perang di Malaysia pada era 1940-an.

“Pementasan teater ini adalah satu daripada 16 pementasan karya agung yang dikelolakan oleh JKKN di bawah Program Karya Agung dan merupakan inisiatif Belajawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Tujuannya bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf di peringkat negeri dan negara selain bertujuan menyemarakan dan mengangkat karya seni, sastera, teater, warisan dan karya agung tempatan,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pementasan Teater Salina Sempena Program Karya Agung 2024 di JKKN di sini.

Jasmi berkata, selain itu, ia juga adalah sebagai usaha memupuk minat terhadap karya sasterawan negara dan pementasan Salina itu adalay penghormatan kepada Sasterawan Negara A. Samad Said atas sumbangan beliau kepada dunia sastera dan budaya.

Katanya, pementasan tersebut dijangka menarik minat pelbagai golongan masyarakat termasuk pelajar, pencinta seni dan penggemar karya sastera klasik.

“Harga tiket Platinum seat bagi orang awam RM50 dan pelajar adalah RM40, Gold seat orang awam (RM30) pelajar (RM20) dan harga Silver seat adalah RM15 dan RM10 masing-masing bagi orang awam dan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Teater Salina, Shah Zainal berkata, semua persiapan pementasan teater Salina berjalan dengan lancar dan akan memberikan pengalaman yang tidak hanya memukau dari segi persembahan, tetapi juga mendalam dari aspek emosi dan intelektual.

“Kami berasa sangat teruja untuk mementaskan Salina di Sabah kerana karya ini mempunyai nilai seni dan sejarah yang sangat mendalam selain sebagai sebuah karya sastera yang hebat, Salina juga mengajak penonton untuk merenung kembali erti perjuangan, kemanusiaan dan semangat kekuatan yang tidak pernah pudar,” katanya.

Pementasan teater itu diolah dan diarahkan oleh Shah Zainal membariskan seramai 60 pelakon dan tenaga produksi tempatan yang berbakat antaranya Mazrona Kalinggalan, Shahril Latief, Ahmad Iman Danish dan Faizan Ruzman.

Teater Salina itu merupakan kerjasama antara JKKN Sabah dan Stage Production dengan mensasarkan 1,500 orang penonton yang datang dalam pementasan selama dua hari tersebut. Bagi maklumat dan keterangan lanjut orang ramai boleh melayari media sosial JKKN Sabah atau melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Gandingan ayah, anak cipta legasi keluarga cemerlang dalam akademik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular