HomeUtamaHampir 10,000 Peluang Kerjaya Ditawarkan Dalam  Festival of Ideas Putrajaya

Hampir 10,000 Peluang Kerjaya Ditawarkan Dalam  Festival of Ideas Putrajaya

Read Time:1 Minute, 4 Second

PUTRAJAYA, – Festival of Ideas Putrajaya, yang berlangsung dari 27 hingga 29 November, dijangka menawarkan sehingga 10,000 peluang pekerjaan berbanding anggaran awal sebanyak 2,000 ujar Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Katanya  Perkembangan ini dilihat sebagai satu lonjakan signifikan yang bakal memberi impak positif kepada golongan belia dan graduan universiti.

“Seperti yang dinyatakan, peluang kerjaya ini melibatkan penyertaan syarikat-syarikat industri yang semakin ramai. Kami mengajak golongan muda, graduan universiti, serta masyarakat umum untuk hadir dan memanfaatkan peluang ini,” katanya ketika meninjau persiapan karnival yang akan bermula esok di PICC Putrajaya hari ini.

Tambah Zambry lagi, sesi temuduga turut akan  diadakan secara langsung sepanjang festival tiga hari tersebut. Peluang ini merupakan hasil kerjasama erat antara institusi pendidikan tinggi, syarikat-syarikat industri, dan pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan.

Festival of Ideas ini juga dijangka menarik sekurang-kurangnya 250,000 pengunjung, dengan angka ini berpotensi meningkat berdasarkan sambutan luar biasa daripada pihak industri. Selain peluang pekerjaan, festival ini juga menawarkan ruang kepada peserta untuk menjalin rangkaian dengan pelbagai pihak dan meneroka peluang-peluang pembangunan kerjaya.

Festival of Ideas Putrajaya, yang berlangsung dari 27 hingga 29 November, bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan tetapi juga menjadi wadah pertemuan pelbagai pihak dalam usaha membina masyarakat yang progresif dan bertamadun.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular