HomeSukanOrang ramai dipelawa hadir meriahkan Kejohanan Olahraga Remaja SEA Bawah 18 Khamis...

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Kejohanan Olahraga Remaja SEA Bawah 18 Khamis ini

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Kejohanan Olahraga Remaja SEA Bawah 18 tahun Kota Kinabalu Sabah 2024 kali Ke-16 sehari tiga hari bermula Khamis ini di Stadium Likas.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah sudah bersedia bagi penganjuran kejohanan olahraga remaja Asia Tenggara itu dan bersedia menerima ketibaan kontinjen dari 11 buah negara.

“Jadi, kita mengharapkan negara-negara yang akan mengambil bahagian berpuas hati dengan persiapan venue kita, begitu juga dengan persiapan penginapan dan kenderaan telah dibuat dengan sebaik mungkin.

“Jadi dalam masa dua hingga tiga hari ini kita akan menjangkakan ketibaan 11 buah negara termasuk atlet kita daripada Semenanjung dan Sarawak.

“Ini termasuk negara Thailand, Laos, Cambodia, Vietnam, Myanmar, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Malaysia sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai sesi temu bual dalam rancangan Kami Bah Ini (KBI) di Studio TV RTM, di sini semalam.

Ellron berkata, melalui kejohanan itu ianya akan dapat mendedahkan atlet Sabah serta menggalakkan mereka untuk berlatih kerana mereka bukan sahaja bertanding di peringkat kampung atau peringkat daerah mahupun negeri tetapi mereka bertanding di peringkat antarabangsa.

“Kita harapkan peminat-peminat olahraga dan juga keluarga untuk datang beramai-ramai menyaksikan 

Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara ke-16 di Kompleks Sukan Likas terutama yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Kita tidak dapat menjangkakan kehadiran orang ramai tetapi penyertaan sebanyak 500 orang atlet dan difahamkan ahli keluarga mereka akan datang bersama yang mengambil peluang bercuti pada hujung tahun,” katanya 

Ellron berkata, melalui penganjuran kejohanan tersebut ia akan dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Sabah yang menjadi tuan rumah terutama bagi membantu merancakkan ekonomi tempatan.

“Seperti yang saya katakan tadi dengan kehadiran atlet dan mungkin lebih daripada 100 orang pegawai daripada 11 buah negara ini juga akan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah.

“Harapan saya supaya kerajaan akan menganjurkan lebih banyak sukan bukan sahaja olahraga tetapi sukan-sukan yang lain di peringkat antarabangasa diadakan di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular