HomeUtamaTerus imarah masjid dengan pelbagai program bermanfaat

Terus imarah masjid dengan pelbagai program bermanfaat

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dicadang agar terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai program bermanfaat khususnya bagi golongan belia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah penganjuran kursus berkaitan keusahawanan selain meningkatkan ekonomi komuniti setempat.

“Saya turut mencadangkan kepada JHEAINS agar diperkasa semula unit remaja masjid di masjid masing- masing kerana kita inginkan belia terus berada di masjid, berjuang dan dibentuk di dalam masjid. 

“Dengan itu saya minta agar JHEAINS berkolaborasi dengan agensi dibawah Kerajaan negeri bagi melaksanakan program berkaitan terutama dalam penganjuran program berhubung dengan belia dan remaja termasuk hal-hal berhubungan teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Imam, Masjid dan Surau di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, penganjuran program berhubung pembangunan keilmuan juga boleh dilaksanakan termasuklah bahasa.

“Mungkin mereka boleh belajar bahasa, bahasa Inggeris, bahasa asing yang lain yang juga boleh menarik minat belia untuk datang ke masjid dan surau masing-masing,”‘katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Arifin berkata, para imam dan jawatankuasa selaku pemain industri masjid utama harus memantapkan lagi peranan masjid dalam usaha membangunkan ummah yang cemerlang.

“Ini kerana hubungan masyarakat Islam dan masjid tidak boleh dipisahkan kerana saling berkait dan saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular