HomeEkonomiYTL Corporation Catat Hasil Suku Pertama Sebanyak RM7.8 Bilion

YTL Corporation Catat Hasil Suku Pertama Sebanyak RM7.8 Bilion

Read Time:2 Minute, 25 Second

KUALA LUMPUR: YTL Corporation Berhad mencatatkan hasil sebanyak RM7,773.9 juta (AS$1,793.1 juta) untuk tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2024, berbanding RM8,232.2 juta (AS$1,841.7 juta) pada tempoh tiga bulan sebelumnya yang berakhir pada 30 Jun 2024. Keuntungan sebelum cukai untuk suku tersebut adalah RM899.2 juta (AS$201.2 juta) berbanding RM1,263.8 juta (AS$282.7 juta) pada suku sebelumnya.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri (Sir) Francis Yeoh Sock Ping,berkata Kumpulan telah mencapai keputusan yang baik untuk suku pertama tahun kewangan 2025, dengan hasil di kebanyakan bahagian kekal stabil atau mencatatkan pertumbuhan.

“Keuntungan operasi kekal sihat, dengan peningkatan sebanyak 12% untuk suku semasa berbanding suku sebelumnya, selepas mengecualikan kerugian tukaran mata wang asing tidak nyata berjumlah RM289.5 juta untuk suku semasa dan keuntungan nilai saksama sekali sahaja sebanyak RM203.5 juta daripada pemerolehan saham dalam Ranhill yang diiktiraf pada suku sebelumnya.” katanya dalam satu kenyataan semalam.

EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai, dan pelunasan) kumpulan untuk tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2024 kekal kukuh pada RM2.1 bilion, berbanding RM2.4 bilion untuk tempoh yang sama pada 2023.

Bagi YTL Power pula ianya mencatatkan hasil sebanyak RM5,683.5 juta untuk tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2024, berbanding RM6,305.2 juta pada tempoh tiga bulan sebelumnya yang berakhir pada 30 Jun 2024. Keuntungan sebelum cukai untuk tempoh tersebut adalah RM664.8 juta, lebih rendah berbanding RM1,140.0 juta pada suku sebelumnya.

“Keuntungan operasi meningkat sebanyak 2% pada suku ini berbanding suku sebelumnya, selepas melaraskan item bukan tunai, termasuk kerugian tukaran mata wang asing tidak nyata sebanyak RM293.3 juta untuk suku semasa dan keuntungan nilai saksama sekali sahaja sebanyak RM203.5 juta hasil daripada pemerolehan saham dalam Ranhill yang diiktiraf pada suku sebelumnya.”

EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai, dan pelunasan) untuk tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2024 adalah RM1.5 bilion, berbanding RM1.9 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya

Manakala bagi Malayan Cement Bhd melaporkan peningkatan 2.0 peratus dalam pendapatan kepada RM1.17 bilion untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2024, berbanding RM1.15 bilion untuk tiga bulan yang sama berakhir pada 30 September 2023.

Keuntungan bersih meningkat sebanyak 45 peratus kepada RM139.6 juta dalam suku yang dikaji.

“Pendapatan untuk suku semasa adalah setanding dengan suku yang sama tahun lepas, dengan segmen konkrit siap campur menyumbang bahagian pendapatan yang lebih tinggi, terutamanya disebabkan oleh peningkatan permintaan untuk konkrit siap campur gred tinggi dan produk khas. Peningkatan keuntungan sebelum cukai adalah hasil daripada penambahbaikan berterusan dalam kecekapan operasi dan kos pengeluaran yang lebih rendah,” kata Yeoh.

EBITDA Malayan Cement meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM339.2 juta untuk tempoh tiga bulan yang berakhir pada 30 September 2024, berbanding RM291.2 juta untuk tempoh tiga bulan yang sama berakhir pada 30 September 2023.

RELATED ARTICLES
Utama

KKCC 2024 serlah semangat perpaduan Sabah – Dr. Joachim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular