HomeUtamaLebih 200 pelajar Sabah di Semenanjung hadiri Majlis Mahabbah Menteri Sains, Teknologi...

Lebih 200 pelajar Sabah di Semenanjung hadiri Majlis Mahabbah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Read Time:2 Minute, 15 Second

Kajang : Seramai lebih 200 pelajar Sabah yang menuntut di empat buat Universiti Awam (UA) sekitar Selangor menghadiri Majlis Mahabbah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di sini pagi tadi.

Antara UA terlibat adalah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Putra Malaysia.

Majlis itu dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah.

Pada majlis itu, pelajar-pelajar yang hadir diberi taklimat mengenai pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan berhubung pendidikan. 

Arifin berkata, ia termasuklah dua inisiatif baharu yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

Katanya, antara inisiatif baharu itu termasuklah Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES).

“Bantuan tambang SENTOSA sehanyak RM300 diberikan kepada setiap pelajar Sabah yang menuntut di institusi pengajian tinggi di Sabah dimana sebelum ini bantuan Graduan Rendah Sabah (GRS) sebanyak RM600 kepada pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan luar negera juga telah menerima manfaat.

“Selain itu, satu inisiatif baharu juga diperkenalkan pada tahun ini, iaitu SUKSES dengan peruntukan sebanyak RM3,000 untuk setiap sekolah rendah, menengah, dan sekolah Cina bagi melaksanakan program pendidikan masing-masing,” katanya.

Arifin berkata, bagi memastikan bantuan pendidikan sampai kepada semua pelajar Sabah yang layak, Kerajaan Sabah telah membangunkan Portal Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. 

Katanya, portal itu menyatukan pelbagai inisiatif seperti Biasiswa; Dermasiswa; Pinjaman pendidikan dan Bantuan sekali bayar.

“Portal ini turut melibatkan badan-badan seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Yayasan Sabah, dan Tabung Pendidikan Negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, peningkatan kemudahan digital dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Mekanikal (STEM) turut diberi perhatian apabila Kerajaan memperuntukkan RM5 juta pada tahun ini untuk menyediakan kemudahan kelas digital kepada 600 sekolah di Sabah. 

“Tahun depan, peruntukan tambahan akan diberikan untuk 500 lagi sekolah. Langkah ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar Sabah mendekati bidang STEM.

“Bagi memperkukuhkan inisiatif ini, program Karnival STEM akan dilaksanakan di setiap daerah dengan peruntukan RM20,000 untuk setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya.

Sementara itu, Arifin berkata, lawatan dan jelajah pendidikan ke beberapa UA dan Swasta sehingga kini telah dilawati lebih 27 universiti di seluruh Malaysia bagi mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan pendidikan. 

Katanya, dalam lawatan tersebut, lebih 1,000 pelajar telah menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah. 

“Bagi pelajar yang belum menerima biasiswa, bantuan sekali bayar disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah sementara menunggu kelulusan permohonan.

“Semua inisiatif ini adalah sebahagian daripada hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) di bawah agenda kedua iaitu modal insan dan kesejahteraan rakyat. 

“Kerajaan komited untuk memastikan pendidikan menjadi asas pembangunan modal insan demi masa depan Sabah yang lebih cemerlang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hak Sarawak ke atas pelantar benua dalam sempadan tak boleh dipersoal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular