HomeUtamaElica Paujin dikurniakan pingat ADK

Elica Paujin dikurniakan pingat ADK

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Penyanyi Sabah yang sedang mengukir nama di persada seni tanah air, Elica Paujin semalam dikurniakan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Elica atau nama penuhnya Angelica Paujin, 25, berasal dari Tambunan merupakan salah seorang daripada 49 individu yang dikurniakan darjah tersebut oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat Negeri Sabah, di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu.

Turut dikurniakan ADK ialah Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki, Pegawai Daerah Kinabatangan, Willey Lampaki, Pegawai Daerah Tongod, Yuesri Ismail Yusof, Pegawai Daerah Tambunan, Sobiton Makajil, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Jennieve Peter @ Bernadith, Timbalan Peguam Besar Negeri Sabah, Saodah@ Hildawati Nordin, Timbalan Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo, Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid dan mantan wartawan Berita Harian, Mohd Azrone Sarabatin serta 40 individu lain.

Terdahulu, Tun Juhar mengurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) ialah Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Henry Idol dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Pang Pick Lim @ Joseph Pang diikuti 15 individu lain.

Dalam istiadat tersebut juga, seramai 52 individu lain dianugerahkan Bintang Setia Kinabalu (BSK), 65 menerima Bintang Kinabaku (BK) dan 24 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Istiadat siri kelima itu menyaksikan seramai 207 individu menerima darjah, bintang serta pingat masing-masing sekali gus melengkapkan senarai penuh berjumlah 1,376 penerima sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah yang diwartakan sejak 5 Oktober lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Gesaan Ketua Pemuda Umno Sabah Tidak berasas, tiada keperluan Ketua Menteri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular