HomeUtamaKota Marudu bakal jadi pengeluar dedak pertama di Sabah

Kota Marudu bakal jadi pengeluar dedak pertama di Sabah

Read Time:2 Minute, 46 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA MARUDU: Daerah Kota Marudu bakal menjadi pengeluar penanaman jagung bijian atau dedak untuk makanan ternakan ruminan yang pertama di Sabah.

Sehubungan dengan itu satu perjanjian usaha sama telah dimeterai oleh 27 pemilik tanah melibatkan 50.5 hektar tanah terbiar dari tiga kampung menyertai program perjanjian sewaan tanah untuk penanaman jagung bijian di Kota Merudu khususnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.

Hendrus (kiri) dan Yahya menyemai bibit jagung bijian semasa gimik perasmian Majlis Penanaman Jagung Bijian secara komersial di sini hari ini.

Pembantu Menteri I, Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Merangkap ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding berkata program acara menandatangani perjanjian sewaan tanah untuk penanaman jagung bijirin di Kota Merudu khususnya Dun Tandek ini adalah di antara petani-petani dari Kampung Longob, Kampung Masolog dan Kampung Salimandut dengan Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad.

“Saya difahamkan bahawa ada lebih kurang 125 ekar (50.5 hektar) yang terlibat dibangunkan melalui kerjasama antara pemilik tanah dengan Koperasi Tanjong Keramat.

“Sebenarnya ini hanyalah permulaan dan saya percaya lebih ramai lagi yang akan berminat terlibat di dalam perusahaan seperti ini iaitu perjanjian mengusahakan tanah terbiar melalui usaha sama dengan koperasi ataupun juga pelabur-pelabur daripada luar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Penyewaan Tanah antara Pemilik Tanah dengan Koperasi Tanjong Keramat Berhad di Dewan Terbuka Tandek di sini, hari ini (29 Nov).

Turut hadir Pengerusi Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad, Datuk Seri Yahya Hussin.

Hendrus berkata program ini akan mendatangkan kebaikan kepada penduduk dengan menjana pendapatan daripada penyewaan tanah yang terbiar.

“Sudah tentu program ini akan mendatangkan banyak kebaikan kepada penduduk atau pemilik tanah di mana dia dapat menjana pendapatan melalui hasil jagung dan melalui perjanjian usaha sama itu pemilik-pemilik tanah ini akan mendapat hasil yang dipersetujui secara per ekar jadi sudah tentu dalam setiap bulan mereka mempunyai sumber pendapatan.

“Setakat ini, kalau mengikut skala yang dibangunkan ini iaitu lebih kurang 125 ekar ini kita jangkakan ataupun kita anggarkan bahawa dalam satu ekar itu kita boleh mengeluarkan lebih kurang 2 hingga 4 tan jagung bijian Untuk keperluan di Sabah.

“Seperti yang kita tahu jagung bijian adalah sumber utama kepada makanan ternakan ruminan ataupun ternakan ayam, puyuh dan juga itik kerana jagung bijian khususnya mempunyai konten yang diperlukan untuk memproses banyak makanan ataupun dedak makanan ternakan ini.

” Jadi pengeluaran jagung yang meningkat di Kota Marudu atau di mana-mana kawasan ini akan membantu kita untuk dapat menstabilkan harga makanan ternakan kerana dipengaruhi oleh pengeluaran jagung yang banyak.

“Jika kita mempunyai pengeluaran jagung yang tinggi, harga akan semakin murah jadi sudah tentu harga makanan ataupun baja makanan ayam ternakan ruminan juga akan menurun kerana sumber utama membuat memproses makanan ini menjadi lebih murah,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan supaya pada masa akan datang apabila semakin besar kawasan yang dibangunkan melalui kerjasama dengan Koperasi Tanjong Keramat ini ianya dapat menghasilkan pengeluaran yang lebih besar dan tidak mustahil untuk menjadi antara pengeluaran jagung bijian yang terbesar di negeri Sabah.

“Sebenarnya kita masih terlalu kurang dalam keperluan ini kita memerlukan jumlah yang sangat besar kerana seluruh negeri Sabah juga kekurangan komoditi jagung oleh sebab itu kalau boleh, kita menggalakkan usaha sama ataupun mana-mana syarikat swasta atau koperasi yang berminat untuk melabur dalam bidang tanaman jagung supaya keperluan jagung di negeri Sabah ini dapat ditampung,” ujar Hendrus lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular