HomeUtamaLebih 4,000 pelajar terima bantuan BAKTI

Lebih 4,000 pelajar terima bantuan BAKTI

Read Time:1 Minute, 14 Second

Membakut : Lebih 4,000 pelajar dari empat buah daerah di sini menerima Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 juta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pelajar terlibat akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Katanya, setiap pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM200 setiap seorang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan dibawah Pejabat Tugas-Tugas Khas yang turut membantu program ini dan hari ini juga kita menyampaikan secara simbolik bantuan BAKTI kepada pelajar-pelajar SPM, STPM, STAM.

“Sebelum mereka menduduki peperiksaan, kerajaan kita memberikan peruntukan RM200 kepada setiap seorang  yang akan menduduki peperiksaan. Ia melibatkan daerah Beaufort; Kuala Penyu; Papar dan Sipitang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.3 juta bagi membantu anak-anak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Bantuan BAKTI kepada sekolah-sekolah Bahagian Pantai Barat Selatan di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, pihaknya turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yayasan Dang Sanak yang turut menganjurkan kursus persediaan menduduki peperiksaan SPM.

“Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan dengan baik dan kita juga telah memberikan maklumat kepada anak-anak beberapa inisiatif yang perlu mereka pohon apabila mereka memasuki universiti atau di peringkat diploma, ijazah, matrikulasi dan asasi,” katanya.

Bantuan BAKTI dibayar secara sekali bayar kepada semua pelajar di Sabah yang berasal  dari negeri ini yang akan menduduki SPM, STPM dan STAM sebagai persediaan bagi menduduki peperiksaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular