HomeUtamaHajiji terus terajui Kerajaan Sabah demi pastikan rakyat terbela & dilindungi -...

Hajiji terus terajui Kerajaan Sabah demi pastikan rakyat terbela & dilindungi – Ag Marjohan

Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah, Ag Marjohan Ag Amin mahu Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor terus menerajui Kerajaan Negeri bagi memastikan kepentingan rakyat terus terbela dan dilindungi.

Beliau berkata, walaupun terdapat desakan yang meminta Ketua Menteri meletak jawatan beliau berpandangan perkara itu tidak wajar dilakukan memandangkan Hajiji bertindak melakukan perkara yang betul demi melindungi Sabah daripada dieksploitasi pihak berkepentingan.

Justeru, Marjohan meminta supaya semua pihak memberikan ruang bagi memastikan proses siasatan dapat dijalankan dengan telus dan adil termasuk sebarang campur tangan daripada politik lain yang cuba mengambil kesempatan bagi memburukkan nama Ketua Menteri.

Beliau berharap Hajiji tidak tunduk terhadap mana-mana desakan kerana beliau berpandangan lebih baik Ketua Menteri meneruskan pentadbiran sehingga ke akhir penggal demi kebaikan rakyat dan kesejahteraan bersama.

Tegas beliau lagi, tidak ada keperluan untuk Ketua Menteri menurut sebarang desakan demi memastikan kesinambunagan serta kestabilan politik di Sabah sehinggalah ke Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Terdahulu, Hajiji dalam satu kenyataan memberi jaminan untuk memelihara sumber mineral di Sabah dengan menegaskan akan menguruskannya dengan baik dan teliti demi masa depan rakyat.

Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pentadbirannya ada mengeluarkan lesen melombong (mining lease) adalah tidak benar sama sekali dan tuduhan itu jelas dijadikan propaganda politik oleh pihak-pihak tertentu dengan niat jahat untuk mencetuskan kekeliruan dan menggugat kestabilan politik.

“Marilah kita bersama-sama memastikan kerajaan ini terus bertanggungjawab, responsif, dan fokus kepada keperluan rakyat demi masa depan Sabah yang lebih maju dan sejahtera,” katanya.

Hajiji sekali lagi memberi jaminan kepada seluruh rakyat Sabah bahawa pentadbirannya kekal berpegang kepada prinsip keadilan, ketelusan, dan kejujuran.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular