Oleh ERDIE AB WAHID
Kota Kinabalu : Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Sabah terus berdiri teguh bersama Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pengerusi BBC Sabah Datuk Dr Yusuf Yacob berkata, ia termasuk dalam memberi khidmat sebagai wakil rakyat bagi menyantuni rakyat di semua kawasan yang diwakili.
“Pada mesyuarat BBC Sabah ini, kami telah mengadakan perbincangan bagi membuat persiapan untuk melaksanakan program-program yang telah digariskan dalam Belanjawan Sabah 2025 seperti mana yang dibentangkan Menteri Kewangan baru-baru ini.
” Kami juga bersetuju bahawa kami sesama ahli BBC untuk terus teguh bersama kerajaan dan Ketua Menteri bagi menyantuni khidmat kami dengan rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut hadir ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah; ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin serta beberapa ADUN-ADUN lain.
Yusuf berkata, sebagai BBC dan juga wakil rakyat yang menjadi pengimbang kepada Kerajaan akan terus memberi maklum balas terhadap usaha dan khidmat Kerajaan dibawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Kita akan terus mengambil tindakan supaya Khidmat ataupun rancangan Kerajaan di bawah kerajaan GRS ini dapat dinikmati oleh rakyat di bawah.
“Jadi kita berharap juga kepada pegawai kerajaan khususnya Kementerian dan Pejabat Daerah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan cepat sampai kepada kumpulan sasar,” katanya. – SABAH MEDIA