HomePolitikGagasan Rakyat Membakut selar tindakan pihak desak Ketua Menteri letak jawatan

Gagasan Rakyat Membakut selar tindakan pihak desak Ketua Menteri letak jawatan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Membakut : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Membakut  menyelar tindakan pihak tertentu yang mendesak Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk meletakkan jawatan.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat  Membakut Ag Daud Ag Anak berkata, desakan itu dilihat tidak berasas dan tidak masuk akal.

“Gagasan Rakyat Bahagian Membakut sentiasa berdiri teguh bersama kepimpinan tertinggi pusat khususnya Presiden Parti Gagasan Rakyat; Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun dan Naib-Naib-Naib Presiden Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah serta pimpinan pusat yang lain.

“Sebagai rakyat Sabah, kita perlu berhati-hati terhadap sebarang bentuk provokasi atau taktik jahat yang boleh memecahbelahkan kita. 

“Kita perlu bersatu untuk membanteras budaya fitnah dan tomahan yang boleh merosakkan keharmonian dan kemajuan negeri kita,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ag Daud berkata, pimpinan dan akar umbi Gagasan Rakyat Membakut yang kini mempunyai 7,000 ahli akan bergerak bersama pendokong komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Plus di DUN Membakut bagi memastikan DUN Membakut dapat menyumbangkan satu kerusi untuk GRS Sabah menjelang PRN ke-17 kelak.

“Sekali lagi, Gagasan Rakyat Membakut dengan pendirian teguh menyifatkan desakan kepada Ketua Menteri untuk meletak jawatan adalah tidak berasas dan tidak relevan sama sekali. 

“Kami meminta seluruh kepimpinan pusat tidak tunduk akan desakan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PRN17 : GRS kekal teruskan kerjasama dengan PH Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular