HomeUtamaSabah Electricity hargai peranan media salur maklumat berkaitan bekalan elektrik

Sabah Electricity hargai peranan media salur maklumat berkaitan bekalan elektrik

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity menghargai peranan media yang bertindak sebagai penyalur maklumat antara syarikat utiliti itu dengan masyarakat luat bandar menerusi liputan dan kupasan yang diterbitkan khususnya berkaitan pembangunan bekalan elektrik di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, peranan pengamal media dalam pembangunan negeri tidak dapat dinafikan apabila dilihat mampu mengubah pemikiran masyarakat.

Malah katanya, kekuatan yang ada pada ketajaman penulisan turut berupaya menjatuhkan atau membangunkan sesebuah negara.

“Sabah Electricity tidak lari daripada cemuhan dan kritikan yang sering dilemparkan oleh umum dan dalam berhadapan dengan cabaran-cabaran ini, kami sentiasa melihat penting untuk membina jalinan yang kukuh bersama pihak media.

“Saya percaya dengan adanya hubungan yang baik ini akan membantu dalam melaporkan inisiatif-inisiatif Sabah Electricity untuk membantu membangun bekalan elektrik yang menyeluruh dan komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sabah Electricity Media Luncheon di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof.

 Mohd Yaakob berkata, pihaknya percaya, kerjasama yang jitu antara Sabah Electricity dan pengamalm media akan dapat mencipta perubahan yang positif kearah memacu pertumbuhan ekonomi.

Selain itu katanya, kerjasama itu juga dapat mengukuhkan komuniti dan menjamin masa depan yang mampan untuk Sabah.

“Media massa bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat tetapi melalu liputan media yang meluas, inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Sabah Electricity ini dapat menarik perhatian dan penglibatan masyarakat yang lebih luas.

“Mesej-mesej positif yang disampaikan melalui media juga akan terus memberi impak positif dalam jangka masa Panjang,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, Sabah Electricity turut menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada lima pengamal media di Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular