HomeUtamaPM Anwar Mahu Lebih Banyak Produk Pelancongan Papar Kisah Legenda, Sejarah TempatanPM

PM Anwar Mahu Lebih Banyak Produk Pelancongan Papar Kisah Legenda, Sejarah TempatanPM

Read Time:43 Second

Kuala Lumpur — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lebih banyak inisiatif untuk mengetengahkan legenda tempatan dan sejarah negara sebagai daya tarikan pelancongan. Usaha ini diharapkan dapat memperkukuh sektor pelancongan dan meningkatkan apresiasi terhadap warisan negara.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkongsi pengalaman beliau melawat Dream Forest Langkawi di Pulau Langkawi, Kedah. Beliau memuji kreativiti pihak pengurusan dalam memaparkan keunikan Langkawi melalui pendekatan yang inovatif, termasuk legenda dan mitos tempatan.

“Langkawi bukan sekadar pulau yang indah, tetapi kaya dengan kisah dan warisan yang wajar diterokai oleh generasi kini dan akan datang,” katanya.

Beliau turut berhubung dengan pemilik Dream Forest Langkawi, Puan Sri Tiara Jacquelina Eu Abdullah, dan suaminya, Tan Sri Mohd Effendi Norwawi, untuk menyampaikan penghargaan atas inisiatif yang berjaya menarik perhatian pelancong.

Anwar mencadangkan agar hala tuju Langkawi ditingkatkan dengan memperkenalkan teknologi baharu sebagai sebahagian daripada transformasi destinasi pelancongan.

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular