HomeUtamaBeberapa kawasan di Sabah alami ribut petir

Beberapa kawasan di Sabah alami ribut petir

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Amaran ribut petir dijangka akan berlaku dibeberapa kawasan di negeri ini sehingga jam 1 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat serta di Sandakan dan Labuan.

“Hampir kesemua kawasan di Pedalaman Sabah mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Manakala yang lain adalah melibatkan kawasan Pantai Barat antaranya di Papar dan Ranau serta Sandakan; Tongod dan Telupid selain turut berlaku di Labuan sehingga 1 pagi Jumaat,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung turut dilaporkan akan berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh sama.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. 

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.  -SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Tingkatkan Perpustakaan ISTAC untuk Generasi Akan Datang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular