HomeUtamaMutiara GRS santuni murid tadika St. Pius, Rumah Kanak-Kanak Don Bosco

Mutiara GRS santuni murid tadika St. Pius, Rumah Kanak-Kanak Don Bosco

Read Time:1 Minute, 32 Second

Ranau: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) menyantuni 77 orang murid Tadika Tunas Pelita St. Pius Bundu Tuhan dan Rumah Kanak-Kanak Don Bosco.

Pengerusi Board Of Governance (BOG), Joaneseh James Ghani berkata pihaknya amat menghargai sumbangan Mutiara GRS dan mengalu-alukan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada tadika tersebut.

“Kami sebenarnya sangat memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk keperluan peralatan kerana tadika kami bergantung sepenuhnya kepada yuran bulanan kanak-kanak.

“Tadika kami mempunyai jumlah murid tidak melebihi 20 orang dan kami ada tiga orang guru,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Jamuan Hi-Tea Sempena Sambutan Krismas Bersama Kanak-Kanak Don Bosco, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau dan Kanak-Kanak Terpilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan dan Paginatan.

Majlis yang diadakan buat kali kedua bagi menyantuni kanak-kanak di kawasan luar bandar tersebut disempurnakan Yang Di-Pertua MutiaravGRS, Datin Seri Juliah Salag.

Sementara itu, Pembimbing Rohani Rumah Kanak-Kanak Don Bosco, Sr. Maybelle Marissa Ker turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mutiara GRS yang telah menjemput 34 penghuninya dalam jamuan tersebut.

“Kami sangat-sangat menghargai dan terima dengan hati terbuka bantuan daripada MGRS ataupun mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) baik wang tunai mahupun apa-apa peralatan.

“Sekarang Rumah Kanak-Kanak Don Bosco ada 34 orang bersama kakitangan seramai enam orang, penghuninya dalam lingkungan umur 10 hingga 17 tahun.

“Mereka tinggal di sana kerana dekat dengan sekolah dan tiada yang balik kecuali cuti sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis itu di sini semalam.

Program tersebut dianjurkan Mutiara GRS sebagai usaha menitikberatkan kebajikan semua lapisan masyarakat dan meluaskan kerja-kerja amal di kawasan luar bandar.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat Mutiara GRS, Dg. Siti Noor Hayyat Ag. Mohd Saufi, Isteri Timbalan Ketua Menteri I, Datin Seri Cecilia Edwin dan Isteri ADUN Kundasang, Datin Seri Linda Ewit.

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular