HomeUtamaTaman Awam Tanjung Aru kini berwajah baru

Taman Awam Tanjung Aru kini berwajah baru

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Taman Awam Tanjung Aru di sini kini berwajah baru apabila ianya siap dinaik taraf melalui pelaksanaan Program Kemajuan Projek-Projek Naik Taraf Taman Awam dan Persekitaran Kehidupan 2024.

Pemilihan Taman Awam Tanjung Aru sebagai projek pelaksanaan adalah berdasarkan penggunaan taman yang sangat tinggi dengan keadaan fasiliti yang masih tidak mencukupi.

Sabin Samitah

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, usaha menaik taraf taman itu merupakan bukti usaha kolektif pelbagai pihak dalam memastikan Kota Kinabalu terus berkembang sebagai sebuah bandar raya yang indah, hijau, dan mesra alam.

Katanya, projek naiktaraf taman itu telah dimulakan pada 17 Ogos 2024 dan ianya berjaya disiapkan pada 19 November lalu.

Menurutnya, projek itu dilaksanakan dengan kos keseluruhan berjumlah RM475,485.50 yang dibiayai oleh Jabatan Landskap Negara.

“Melalui kerjasama erat bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan pelaksanaan oleh kontraktor Tekad Maju Sdn. Bhd., taman ini telah melalui transformasi yang signifikan dengan elemen-elemen baharu.

“Ia termasuklah plaza perhimpunan; laluan pejalan kaki; landskap menarik dengan penanaman pokok renek rendah penyelenggaraan seperti puding, bird’s nest fern, dan bunga Tekoma/Sakura yang memberi teduhan dan suasana sejuk.

“Selain itu, kawasan permainan kanak-kanak yang berkonsepkan Sustainable Playground Equipment     yang     menggabungkan     gelongsor,      earth      mound, dan tunnels dengan tumbuhan semulajadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) Projek Naik Taraf Landskap Taman Rekreasi Pantai Tanjung Aru dan Penyerahan Anak Pokok Kelapa di sini hari ini.

Sabin berkata, taman itu juga akan menjadi mercu tanda kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan penyediaan kemudahan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, DBKK juga mempunyai Projek Pembangunan Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah dengan kos berjumlah RM20 juta.

Projek ini telah dilaksanakan pada September 2022 dan bakal siap tahun 2025.

Taman botani ini akan dibuka secara berfasa bermula Februari 2025 melibatkan gerai, Komersial Plaza dan pintu masuk utama. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

APFCP 2025 mampu perkasa perkhidmatan penjagaan kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular