HomeUtamaTerima kasih Kerajaan atas pemberian Rumah SMJ - Jetrin

Terima kasih Kerajaan atas pemberian Rumah SMJ – Jetrin

Read Time:1 Minute, 28 Second

Membakut: Sambutan Hari Natal pada tahun ini membawa sinar kebahagiaan buat pemandu lori, Jetrin Akang, 39, apabila dipilih menjadi antara penerima Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Dia dan isteri, Lorina Lawrence, 35, serta dua anak sebelum ini tinggal sebumbung dengan lima keluarga lain di rumah ibu bapa, kini dapat menjalani kehidupan lebih selesa di rumah sendiri.

“Sekarang saya senang hati sebab selama ini tinggal sama orang tua, satu rumah tu ada lima keluarga tidak selesa.

“Jadi, bila dapat rumah ini saya sangat bersyukur, terima kasih kepada kerajaan kepada Ketua Menteri, Datuk juga dan semualah yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima replika kunci Rumah SMJ daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di Kampuny Bandau di sini semalam.

Terdahulu, warga emas, Unsiu Kusingan di Kg Kayai turut melahirkan rasa kesyukuran dan menganggap Rumah SMJ yang menggantikan rumah usang yang didiami lebih 40 tahun lalu sebagai hadiah Hari Natal tahun ini.

“Saya bersyukurlah dapat rumah ini yang selesa untuk anak-anak dan cucu. Rumah lama itu sudah usang sudah lebih 40 tahun,” katanya ketika dikunjungi Arifin sambil menyerahkan replika kunci Rumah SMJ.

Turut menerima Rumah SMJ ialah warga emas, Innting Kalingan di Kg Poring Maragang yang juga meraikan perayaan Hari Natal.

Dalam pada itu, Arifin ketika ditemui media turut berkongsi berita gembira iaitu 40 buah Rumah SMJ diluluskan untuk warga Membakut pada tahun depan.

“SMJ diilhamkan Ketua Menteri Sabah dan kita rakyat di Membakut ini amat bersyukur kerana dapat dibantu.

“Pada tahun ini 20 buah rumah, tahun sebelumnya pun 20 buah rumah tetapi pada tahun hadapan, Ketua Menteri sudah mengumumkan 40 buah rumah.

“Jadi, kita sudah menyenaraikan senarai-senarai yang memohon dan akan dibincang di peringkat pejabat daerah oleh pegawai daerah kita dalam focus group,” katanya.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular