HomeUtamaMahathir teruja sertai Kejohanan Malaysia Towerrunning NCT 6000ft di Genting Highlands

Mahathir teruja sertai Kejohanan Malaysia Towerrunning NCT 6000ft di Genting Highlands

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Atlet Road Running, Mahathir Mohammad Jamaludin, 22, mencatatkan kejayaan peribadi dalam penyertaan sulungnya dalam sukan lumba lari mendaki anak tangga, di Kejohanan Malaysia Towerrunning National Championship (NCT) 6000ft Run Up 2024 yang berlangsung di Hotel Wyndham Ion Majestic, Genting Highlands, Pahang, pada 15 Disember lalu.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, berasal dari Kota Kinabalu, sedang mengikuti pengajian dalam Sains Sukan, menduduki tempat ke-24 daripada 52 peserta, dengan catatan masa 12.02 minit bagi mendaki anak tangga 50 tingkat bangunan setinggi 6000 kaki.

Selain itu, Mahathir turut berjaya membantu pasukannya, UiTM ELITES, meraih gelaran juara keseluruhan kategori berkumpulan.

“Pengalaman ini merupakan cabaran baharu buat saya sebagai atlet Road Running. Saya teruja dapat mencuba sukan Towerrunning dan berpeluang bersaing bersama atlet-atlet terkemuka dari seluruh dunia,” kata Mahathir ketika dihubungi Sabah Media.

Sukan Towerrunning, walaupun masih kurang mendapat liputan di Malaysia, kini semakin mendapat perhatian antarabangsa dengan penyertaan dari negara-negara seperti Singapura, Hong Kong, China, Itali, Amerika Syarikat, Sepanyol, Romania dan Australia.

Kejohanan ini dianjurkan oleh NCT Group dengan kerjasama Malaysia Tower Running Association, diadakan di Hotel Wyndham Ion Majestic, yang merupakan hotel tertinggi di Malaysia.

Mahathir turut berkongsi bahawa dia telah menjalani latihan intensif selama enam bulan bersama pasukannya, di bawah bimbingan Ketua Kumpulan, Muhammad Hazim Zuhairi Azahari, bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan tersebut.

“Menjadi sebahagian daripada kejohanan ini memberi saya motivasi untuk terus berusaha dan memperbaiki prestasi. Saya berharap sukan ini akan terus berkembang di Malaysia dan memberikan peluang kepada lebih ramai atlet muda untuk mencuba cabaran ini,” tambahnya.

Dengan kejayaan ini, Mahathir berharap impiannya untuk menjadi atlet Towerrunning Sabah dapat tercapai dan sukan ini akan mendapat lebih perhatian di negara ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Duta Besar Republik Korea zahir penghargaan kepada ESSCOM

Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular