HomeUtamaDBKK ambil tindakan kepada peniaga gagal patuhi syarat lesen perniagaan

DBKK ambil tindakan kepada peniaga gagal patuhi syarat lesen perniagaan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan kepada beberapa pemilik gerai di sekitar Pasar Besar, Pasar Ikan dan Anjung Kinabalu dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di sini baru-baru ini.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, ia termasuklah tindakan menutup gerai serta merta, menggantung lesen perniagaan dan amaran lisan.

“Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, di Pasar Besar Kota Kinabalu, sebanyak dua buah gerai diarah tutup serta-merta kerana gagal mengemukakan lesen, dua buah gerai digantung lesen kerana berniaga melebihi saiz lot gerai dan satu gerai telah diberi amaran lisan kerana gagal mematuhi syarat kecil lesen.

“Sementara itu, di Pasar Ikan Kota Kinabalu, satu buah gerai telah digantung lesen kerana melanggar syarat lesen dengan meninggalkan barang-barang di kaki lima secara berulang.

“Manakala enam buah gerai lagi telah digantung lesen kerana pembantu gerai didapati tidak berdaftar atau sewa atas sewa,” menurut kenyataan itu di sini.

Tambah kenyataan itu lagi, operasi pemeriksaan di Anjung Kinabalu mendapati sebuah gerai telah digantung lesen kerana pembantu gerai didapati tidak berdaftar/sewa atas sewa dan dua buah gerai lagi diarah tutup serta-merta kerana tidak mempunyai lesen.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai 29 anggota daripada lima agensi, iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Pendaftaran Negara dan DBKK yang terdiri daripada Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan.

DBKK memandang serius terhadap perkara ini dan akan melaksanakan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan semua aktiviti perniagaan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dijalankan secara sah.

Semua penjaja adalah diingatkan untuk menjalankan operasi perniagaan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam memastikan keteraturan dan kesejahteraan bandar raya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular