HomeUtamaFahmi Reza dibebaskan, kembali ke Kuala Lumpur

Fahmi Reza dibebaskan, kembali ke Kuala Lumpur

Read Time:41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, telah dibebaskan atas jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, ketika dihubungi pihak media hari ini mengesahkan pembebasan tersebut.

Menurut Sammy, Fahmi dibebaskan kelmarin pada jam 5.30 petang dan kini telah kembali ke Kuala Lumpur.

Penahanan Fahmi dilakukan pada Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah, selepas beliau hadir untuk memberi keterangan berkaitan siasatan ke atas karyanya yang melibatkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Tindakan itu diambil susulan lebih 30 laporan polis, termasuk mengenai poster karikatur yang didakwa menghina Tun Musa Aman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular