HomeUtamaBekalan Simen ke Pantai Timur Sabah Tergendala Akibat Jalan Ditutup

Bekalan Simen ke Pantai Timur Sabah Tergendala Akibat Jalan Ditutup

Read Time:34 Second

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) memaklumkan bahawa bekalan simen ke pasaran Pantai Timur Sabah tidak dapat dihantar sejak 2 Januari 2025.

Kejadian ini disebabkan oleh penutupan jalan masuk utama ke kilang CIS di Lahad Datu oleh pihak yang menuntut tanah kawasan jalan tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusuf, laporan telah dibuat kepada Pegawai Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu.

Katanya, pihak berkuasa kini sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini.

Sehubungan dengan itu, CIS menyatakan kekesalan atas gangguan ini dan menegaskan bahawa mereka sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

RELATED ARTICLES
Utama

PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular