HomeUtamaKekalkan perpaduan, jangan terpengaruh elemen luar yang meracuni pemikiran rakyat - Hajiji

Kekalkan perpaduan, jangan terpengaruh elemen luar yang meracuni pemikiran rakyat – Hajiji

Read Time:1 Minute, 44 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan terus memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah kekal terpelihara sekali gus tidak mahu ada elemen-elemen luar dari seberang datang meracuni pemikiran dan budaya rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat  Sabah  yang mempunyai  lebih 30  etnik  hidup  dalam  keadaan harmoni sejak sekian lama walau pun berbeza latar belakang agama dan bangsa.

Datuk Seri Hajiji Noor

“Namun, istimewanya kita, menerusi budaya kita terus bersatu dan ini perlu dipupuk untuk generasi akan datang. Oleh itu, saya tidak mahu elemen-elemen dari seberang datang ke negeri ini untuk meracuni pemikiran rakyat Sabah.

“Kita     menghormati       kebudayaan       semua       kaum      sebab       itu       kerajaan negeri turutmenganjurkan perayaan-perayaan besar di negeri ini seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina di peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina serta Pameran Kampung Budaya 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew.

Hajiji berkata, inilah keistimewaan negeri Sabah kerana apa juga perayaan yang dianjurkan, ia mendapat sambutan hebat daripada rakyat berbilang kaum.

“Sebab itu, saya amat menghargai jemputan ke majlis ini dan tahniah kepada penganjur iaitu Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK).

“Kita harus menjaga perayaan seperti ini untuk anak-anak kita kerana dengan kepelbagaian inilah akan memantapkan lagi keharmonian di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan pastikan semua budaya dan perayaan dihormati termasuk memberi peruntukan kepada rakyat di negeri ini.

“Usaha ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri menghormati sambutan semua perayaan yang ada di negeri ini, termasuk Tahun Baharu Cina,” katanya.

Hajiji turut melahirkan rasa bangga dengan penganjuran majlis berkenaan yang bukan saja diraikan oleh masyarakat Tionghua malah turut dihadiri masyarakat berbilang kaum yabg ada di negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular