HomeUtamaHujan lebat berterusan dijangka berlaku mulai Rabu ini

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku mulai Rabu ini

Read Time:36 Second

Kota Kinabalu : Hujan lebat berterusan selama empat hari dijangka berlaku di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak bermula Rabu ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di beberapa negeri Semenanjung, Sabah dan selatan serta barat Sarawak bermula Rabu ini sehingga 18 Januari,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

496,541 pelajar di Sabah terima manfaat BAP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular