HomeUtamaProgram Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mula dilaksanakan bulan depan

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mula dilaksanakan bulan depan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu: Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 bagi membantu golongan yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar di negeri ini akan mula dilaksanakan secara berperingkat bermula Februari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaksanaan program itu telah diluluskan Kabinet negeri Sabah.

Katanya, agihan bantuan berbentuk pakej secara bulanan sebanyak RM300 oleh Kerajaan negeri itu akan memberi manfaat kepada 100,000 orang dalam kategori miskin dan miskin tegar sebagai permulaan.

“Melalui inisiatif ini yang akan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), kami berharap ia dapat membantu meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar, terutamanya semasa perayaan utama di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pertama Jabatan Ketua Menteri bagi tahun ini di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Oplus_0

Sementara itu, Hajiji menggesa semua ketua jabatan untuk memainkan peranan mereka dalam memantau dengan teliti mengenai pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini.

Katanya, pelaksanaan semua projek pembangunan yang telah diluluskan mesti dipercepatkan.

“Saya menyeru semua ketua jabatan, bukan sahaja di bawah Jabatan Ketua Menteri tetapi juga di kementerian lain, termasuk pegawai daerah.

“Saya ingin mengingatkan semua pegawai kerajaan negeri untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan integriti dan memastikan projek-projek yang diperuntukkan untuk rakyat dilaksanakan mengikut jadual,” katanya.

Beliau turut mengarahkan ketua jabatan untuk campur tangan dan mencegah sebarang projek daripada menjadi ‘sakit’ dan terbengkalai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Media pikul tanggungjawab didik rakyat sebar luas maklumat benar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular