HomeUtamaSambutan perayaan pelbagai kaum wadah jalin muafakat, perpaduan

Sambutan perayaan pelbagai kaum wadah jalin muafakat, perpaduan

Read Time:1 Minute, 34 Second

Membakut: Kepelbagaian perayaaan kaum di negeri ini yang disambut meriah berbilang kaum menjadi wadah untuk menjalinkan muafakat, keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, selain daripada aspek pembangunan daerah penuh Membakut, perpaduan dan keharmonian juga menjadi keutamaan dalam kepimpinan kerajaan hari ini.

“Di Membakut ini juga ada masyarakat Tiong Hua dan kita hidup berbagai kaum dengan penuh harmoni. Kita raikan apa-apa perayaan yang dianjurkan oleh masyarakat berbagai kaum. Sebelum ini kita meraikan Krismas, hari ini kita di ambang Tahun Baru Cina.

“Bulan depan kita akan berdepan dengan Ramadan dan Aidilfitri. Selepas itu, kembali ke Pesta Kaamatan dan berbagai program yang akan kita anjurkan di Membakut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Pesta Tanglung sempena Tahun Baharu Cina 2025 di sini, semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pada tahun ini pelbagai perayaan akan diraikan bersama di daerah ini bersama masyarakat setempat yang berbilang kaum.

“Kita sudah menjadi satu daerah penuh Membakut dan Bongawan dan kita juga akan memastikan pembangunan akan menjadi sebahagian daripada daerah ini,” katanya

Pada majlis tersebut, Arifin turut menyampaikan sumbangan kepada tiga tokong Cina di sekitar Membakut.

“Seperti mana biasa apabila ada perayaan, kita akan menyampaikan sumbangan untuk rumah ibadat mereka atau persatuan kebudayaan masing-masing.

“Sebelum ini, kita menyumbang kepada semua gereja dan semua pimpinan agama Kristian,hari ini Tahun Baharu Cina dan akan datang bulanRamadan insyaAllah kita akan memberikan sumbangan juga kepada masjid-masjid dan surau,” katanya

Dalam majlis berasingan, Arifin yang diiringi Pegawai Daerah Ibrahim Terki menyantuni para peniaga Tiong Hua dan mengagihkan buah limau kepada lebih 50 premis di sekitar Pekan Membakut serta beberapa premis lagi di kampung-kampung.

Masyarakat Tiong Hua merupakan kaum minoriti di Membakut namun, asimilasi budaya bersama penduduk tempatan sejak beratus tahun dahulu menyebabkan golongan tersebut turut mengamalkan budaya tempatan serta fasih berbahasa Brunei.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa adakan lawatan singkat ke Brunei Darussalam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular