Kota Kinabalu : Beberapa kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kemaskini di Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat adalah di Pedalaman seperti Kuala Penyu; Beaufort dan Tambunan
“Selain itu, turut mengalami cuaca sama adalah di Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
“Cuaca sama turut berlaku di Labuan sehingga 7 malam hari ini,” Jumaat, 24 Januari 2025,” menurut kenyataan itu di sini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA