Kota Kinabalu : Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa bahagian di Sabah selama tiga hari mulai Isnin ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan semalam memaklumkan kawasan terlibat di Sabah termasuk Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah selama tiga hari bermula Isnin ini,,” menurut kenyataan itu di sini.
Sementara itu, cuaca sama dijangka melanda Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dalam tempoh Isnin sehingga 30 Januari ini. – SABAH MEDIA