Kota Kinabalu : Seramai 127 penduduk yang terjejas banjir di Kampung Pancur Kota Marudu dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Transit (PPT) awal pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu dalam satu kenyataan berkata, pemindahan mangsa terjejas ekoran hujan berterusan yang berlaku sejak pagi Selasa.
![](https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2025/01/IMG-20250129-WA0174.jpg?resize=696%2C928&ssl=1)
“Keadaan cuaca hujan yang berlaku sejak pagi hari Selasa menyebabkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Marudu mengambil tindakan awal bagi menghantar anggota bagi memantau kejadian kenaikan paras air di Kampung Pancur.
“Berdasarkan kepada persetujuan ahli JPBD dan atas perkenan Pengerusi JPBD Kota Marudu adalah dimaklumkan bahawa dua PPT Kota Marudu diaktifkan hari ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, dua PPT yang dibuka adalah di PPT Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau dan PPT Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan.
![](https://i0.wp.com/sabahmedia.com/wp-content/uploads/2025/01/IMG-20250129-WA0173.jpg?resize=696%2C522&ssl=1)
Sebanyak dua Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan lapan orang mangsa dipindahkan ke PPT SK Ranau dan seramai 119 orang melibarkan 35 KIR dipindahkan ke PPT SMK Bengkongan.
Pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa bahagian di negeri ini selama tiga hari sehingga Jumaat ini. – SABAH MEDIA