HomeUtamaMalaysia, Jepun percepat pembangunan semula Gaza melalui CEAPAD

Malaysia, Jepun percepat pembangunan semula Gaza melalui CEAPAD

Read Time:46 Second

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jepun komited mempercepatkan program pembangunan semula Gaza dan Palestin melalui inisiatif Persidangan Kerjasama Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kepastian mengenai pelaksanaan program itu diperoleh hasil usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian Luar, dengan kerjasama pihak Jepun.

“Alhamdulillah, atas usaha Kerajaan dan Menteri Luar, kita telah mendapat kepastian supaya pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin dapat disegerakan. Malaysia dan Jepun berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur untuk membangunkan Gaza,” katanya menerusi satu rakaman video hari ini.

Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri memaklumkan bahawa inisiatif itu akan melibatkan pembinaan sebuah sekolah, rumah sakit dan masjid sebagai tanda sokongan serta pengorbanan masyarakat.

“Dengan usaha ini, serta sokongan rakyat dan kolaborasi sektor swasta, Insya-Allah kita akan mulakan projek tersebut demi kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar usaha ini diberkati serta keselamatan Gaza dan Palestin terus terjamin.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

UMNO Sabah Belum Buat Keputusan Muktamad Mengenai Kerjasama Pilihan Raya Negeri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular