HomeUtamaBanjir Sabah : Mangsa terjejas meningkat 3,929 orang

Banjir Sabah : Mangsa terjejas meningkat 3,929 orang

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Jumlah mangsa banjir Sabah terus meningkat apabila seramai 3,929 orang membabitkan 1,365 keluarga dipindahkan ke 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 10 daerah iaitu Kota Marudu, Tongod; Telupid; Sandakan; Kota Belud; Lahad Datu; Beluran; Paitan; Pitas dan Beaufort.

Menurut kenyataan itu, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,355 mangsa daripada 866 keluarga.

“Pitas merekodkan seramai 379 orang membabitkan 141 keluarga yang ditempatkan di empat PPS sekaligus daerah kedua paling ramai mangsa banjir.  Lahad Datu dan Telupid masing terdapat 316 mangsa melibatkan 84 keluarga dan 243 mangsa daripada 66 keluarga

“Sementara itu, daerah-daerah lain iaitu Beluran (177 mangsa,58 keluarga, tiga PPS), Kota Belud (162 mangsa, 69 keluarga,tiga PPS), Sandakan (118 mangsa, 28 keluarga, satu PPS), Beaufort (102 mangsa, 29 keluarga, satu PPS), Tongod (54 mangsa, 13 keluarga, satu PPS) dan Paitan (23 mangsa, 11 keluarga, dua PPS),”menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA / FOTO APM -JBPM

RELATED ARTICLES
Utama

Dakwaan Esteel tangguh pelaburan di Sabah tidak benar – Phoong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular