HomeUtamaBanjir di Sabah makin buruk, mangsa lebih 5,000 orang

Banjir di Sabah makin buruk, mangsa lebih 5,000 orang

Read Time:55 Second

Kota Kinabalu : Situasi banjir di Sabah semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 5,391orang setakat 6 pagi berbanding 4,990 orang pada 12 tengah malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 10 daerah terlibat iaitu Kota Marudu, Tongod; Telupid; Sandakan; Kota Belud; Lahad Datu; Beluran; Paitan; Pitas dan Beaufort.

Menurut kenyataan itu, Kota Marudu terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,864 mangsa daripada 1,061 keluarga.

“Pitas merekodkan seramai 768 orang membabitkan 261 keluarga yang ditempatkan di lima PPS sekaligus daerah kedua paling ramai mangsa banjir.  Lahad Datu dan Telupid masing terdapat 443 mangsa melibatkan 121 keluarga dan 413 mangsa daripada 110 keluarga

“Sementara itu, daerah-daerah lain iaitu Kota Belud (297 mangsa,88 keluarga, empat PPS), Beluran (196 mangsa, 61 keluarga,tiga PPS), Paitan (131 mangsa, 48 keluarga, empat PPS), Sandakan (118 mangsa, 28 keluarga, satu PPS), Beaufort (107 mangsa, 29 keluarga, satu PPS) dan Tongod (54 mangsa, 13 keluarga, satu PPS),”menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah dijangka terima pelaburan keseluruhan berjumlah RM58.3 bilion

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular