HomeIsu tempatanPelajar kejuruteraan UMS diberi pendedahan praktikal dalam dunia pembinaan

Pelajar kejuruteraan UMS diberi pendedahan praktikal dalam dunia pembinaan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai 61 pelajar tahun dua program Kejuruteraan Awam dari Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyertai aktiviti ‘On-Site Learning’ di Sandakan baru-baru ini.

Pensyarah FKJ, Dr. Asmawan Mohd Sarman berkata, aktiviti tersebut antara lain mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembinaan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya dan Kompleks Latihan Untuk Orang Kurang Upaya.

“Program lawatan ini bertujuan memperkenalkan konsep 3D, iaitu Sukar (Difficult), Bahaya (Dangerous), dan Kotor (Dirty) dalam industri pembinaan.

“Dengan pengalaman ini, mereka dapat menggambarkan suasana sebenar dalam pelaksanaan projek dan bersedia menghadapi cabaran kerjaya mereka nanti,” katanya. 

Pengarah program, Atalarick Firman Syach Suhaini turut berkongsi bahawa aktiviti tersebut memberikan nilai tambah kepada pelajar melalui interaksi dengan jurutera profesional di tapak pembinaan. 

Program tersebut yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandaraya Sandakan, Babankong Sdn Bhd dan Rigi Development Sdn Bhd. memberi peluang kepada peserta untuk mendapat penerangan dan perkongsian pengalaman sendiri daripada jurutera yang terlibat dalam projek pembinaan. 

Program itu turut melibatkan aktiviti jejak alumni menerusi kehadiran Jurutera JKR Bandaraya Sandakan, Nur Elfira Afifa Mansor dan Azamawi yang merupakan alumni FKJ UMS.

Kedua-dua mereka berkesempatan menyampaikan perkongsian pengalaman dan memberi nasihat kepada pelajar tentang persiapan kerjaya dalam industri pembinaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia rampas lebih 70,000 batang rokok putih tidak bercukai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular