HomeUtamaJabatan, agensi dibawah KPMKR salur bantuan kepada mangsa terjejas banjir

Jabatan, agensi dibawah KPMKR salur bantuan kepada mangsa terjejas banjir

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Marudu : Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) menyalurkan bantuan berupa kewangan kepada Pejabat Daerah Kota Marudu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, bantuan itu adalah bagi membantu meringankan mangsa yang terjejas banjir di daerah itu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa agensi dibawah Kementerian saya kerana memberi sumbangan berupa kewangan kepada Pejabat Daerah Kota Marudu melalui Pegawai Daerah sebagai pengerusi bencana daerah.

“Bantuan ini tidaklah banyak tetapi saya berharap ianya dapat digunakan pejabat daerah untuk membantu meringankan bebanan mangsa terjejas banjir di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Adventist Goshen di sini petang tadi.

Selain PPS Sekolah Menengah Adventist Goshen, James turut mangsa terjejas banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau.

“Kita juga akan akan bekalkan mereka bakul makanan setiap seorang ketua isi rumah (KIR) untuk bekalan mereka pulang nanti dan saya telah pun meminta Pegawai Daerah supaya dapat menyenaraikan semua nama yang terjejas banjir.

“Ini supaya mereka dapat menerima bantuan wang Ehsan daripada Kerajaan sebanyak RM1,000,” katanya.

Sehingga jam 8 malam ini seramai 5,195 orang mangsa terjejas banjir masih dipindahkan ke 33 PPS melibatkan 1,797 KIR di sembilan buah daerah di Sabah – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Beberapa jalan, tempat letak kereta di 16 lokasi ditutup sementara bermula...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular