HomeUtama1,440 pelajar dari Penampang & Kota Belud terima sumbangan dari Bank Rakyat

1,440 pelajar dari Penampang & Kota Belud terima sumbangan dari Bank Rakyat

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh FLORIETA DIET

PENAMPANG: Bank Rakyat menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada seramai 1,440 pelajar daripada keluarga B40 di kawasan Penampang dan Kota Belud.

Bank Rakyat adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) turut menyumbangkan 460 set komputer kepada 55 buah sekolah di kedua-dua kawasan itu.

Sumbangan itu disampaikan melalui Program Jangkauan Komuniti MADANI Bank Rakyat: Kembali Ke Sekolah di SK Piasau Kota Belud dan SMK Limbanak, Penampang, hari ini, yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, menyedari bahawa pendidikan adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah, Bank Rakyat percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang yang sama untuk menimba ilmu tanpa kekangan kewangan.

“Sumbangan ini dapat meringankan beban ibu bara serta memberi semangat kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam akademik mereka,” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan set komputer kepada sekolah, Mohd Irwan berkata, kita sedia maklum bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan masa kini. Oleh itu sumbangan komputer itu bertujuan memastikan pelajar mendapat akses kepada peralatan pembelajaran digital yang lebh baik.

“Inisiatif ini juga sejajar dengan usaha kerajaan dalam memperkasakan pendidikan digital di Malaysia khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Bank Rakyat terus komited untuk terus menyokong agenda pendidikan negara dengan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

43 warga asing dihukum atas pelbagai kesalahan imigresen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular