HomeUtamaEwon komited terus sediakan geran aktiviti tahunan di sekolah

Ewon komited terus sediakan geran aktiviti tahunan di sekolah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh FLORIETA DIET

PENAMPANG: Datuk Ewon Benedick komited untuk terus menyediakan geran aktiviti tahunan kepada semua sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah pendidikan khas dalam kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, setiap sekolah rendah akan menerima geran aktiviti sebanyak RM5,000 dan sekolah menengah serta pendidikan khas sebanyak RM10,000 sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR).

“Saya telah mulakan pemberian geran aktiviti tahunan kepada semua sekolah di kawasan Parlimen Penampang dan DUN Kadamaian pada 2023, 2024 dan, akan diteruskan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jangkauan Komuniti Madani: Penyerahan Set Komputer dan Sumbangan Kembali ke Sekolah di SMK Limbanak, di sini, hari ini.

Ewon berkata, mudah-mudahan sumbangan itu dapat melengkapkan usaha sedia ada yang dilaksanakan oleh kerajaan, khususnya melalui Kementerian Pendidikan.

“Kita juga akan terus konsisten bekerjasama dengan kementerian yang lain membangunkan rakyat kita melalui pendidikan,” ujarnya.

Bank Rakyat adalah salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan terus memperkasakan pendidikan dan membantu pelajar yang memerlukan.

Sementara dalam ucapan perasmiannya pada program itu, Ewon berkata, dalam bidang pendidikan Bank Rakyat, Yayasan Bank Rakyat bersama agensi-agensi lain di bawah kementeriannya telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk di Sabah dan Sarawak.

“Antaranya Program Ehsan@KUSKOP di mana Yayasan Bank Rakyat telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakan inisiatif ini yang akan dilaksanakan di tiga daerah yang mempunyai daftar e-Kasih yang tinggi, iaitu Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.

“Inisiatif ini adalah program memperkasa pendidikan kepada anak-anak keluarga yang berdaftar dalam e-Kasih melalui sumbangan sosial korporat Bank Rakyat yang diuruskan oleh Yayasan Bank Rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

511 kilogram sampah berjaya dikutip di pantai Tanjung Lipat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular